berlalu sudah tarikh itu..

berlalu sudah tarikh yg sentiasa aku nanti kan setiap tahun,
hari demi hari yg aku lalui sepanjang kehidupan aku selama ini, telah membuat aku terlupa pada tarikh itu telah hadir seketika dan membuatkan aku tersentak seketika..

tarikh itu memang penuh bermakna dlm kehidupan aku,
tarikh itu sangat penting utk aku,
dan tarikh itu lah sentiasa aku nanti kan sepanjang hayat aku,
syukur pada illahi kerana tarikh itu dapat aku lalui,

pada illahi aku teruskan ucapan syukur kerana nafas ku masih terhela,
biarpun tarikh itu hadir seketika tapi ia sangat bermakna dalam kehidupan aku,
walaupun tidak ada yg ingat pada tarikh itu..aku masih lg mampu tersenyum lagi,

hadirnya untuk mengingatkan aku pada usia yg semakin larut,
dan ianya selalu membuatkan aku menanti apa akan berlaku pada masa akn datang,
yg nyata sekarang persoalan yg sama sentiasa bertandang ketika tarikh itu hadir...

adakah aku masih lagi bernafas pada tarikh itu lagi..??

mampukah aku menanti kehadiran tarikh itu lagi..??

dimanakah aku ketika tarikh itu hadir lagi..??

apakah akan ada insan lain bersama aku ketika hadirnya tarikh itu..??