Kacang Lupakan Kulit

Ada satu kisah, semasa pokok kacang mula mengeluarkan buah di dalam tanah. Sang biji memohon daripada induknya supaya ditemani semasa keluar nanti. Ia khuatir kedinginan dan berasa takut kegelapan apdbila keluar. induknya iaitu batang pohon kacang, menyatakan kesanggupan menerima perminta sang biji. Oleh itu, kulit pun dibuat bagi membungkus biji supaya bebas daripada tekanan tanah dan serangga tanah yang sering menghancurkan biji kacang.

Demikianlah sang biji mulai keluar dan mendapati dirinya dalam dakapan hangat dan terlindung. Suasana takut yang dibayangkan rupa-rupanya tidak seperti yang disangkanya. Sebuah cengkerang yang lebih besar daripada dirinya melingkupi dan membungkusnya sedemikian rupa. Inilah yang membuatkan ia tetap hangat dan terus tumbuh menjadi biji yang matang tanpa gangguan. Sementara si kulit, iaitu cangkerang terus menahan dingin dan tekanan tanah bagi melindungi sang biji.

Syawal...


Syawal kali ni ade la semangat nak raya ckit la..kalo nak "compare" dgn tahun2 yg sudah agak malap ckit la. Tahun ni lepas, raya pertama kat klang raya ke-2 baru la gerak balik umah emak kat JB (Pasir Gudang).

Aktiviti Pagi Raya cam biase la p solat aidilfitri kat Masjid Sultan Sulaiman, selesai je solat balik umah siap kn diri pastu gerak p kubur arwah Atuk dan Nenek aku kat Tanah Perkuburan Datok Dagang. Da selesai ziarah kubur aku terus ke umah Mak Lang lepak2 n layan org yg dtg berkunjung.

Waktu...

Waktu adalah inti pati berputarnya dunia. Waktu bergerak maju dan tidak mungkin mundur dengan kelajuan detik yang sama. Waktu adalah catatan sejarah seseorang dan waktu adalah kesempatan.

Waktu dalam bahasa Yunani mempunyai dua makna, iaitu kronos dan kairos. Kronos mengacu kepada urutan waktu yang berjalan secara kronologi, sedangkan kairos mengacu kepada hakikat waktu, saat atau detik dalam waktu, yang tidak akan kembali lagi.