~ surat layang ~
~ Adat tidak boleh jadi asas sistem nilai hidup ~
PENGARUH adat cukup besar. Malah, ada ahli fikir dan penyelidik berpendapat adat resam atau tradisi yang menjadi amalan dalam masyarakat adalah asas pembentukan akhlak seseorang individu.
Bagi pendukung idea terbabit, mana-mana nilai dan perbuatan yang tidak ditentukan adat dan tradisi sesuatu bangsa, anggota masyarakat bebas memilih, sama ada untuk melakukan atau meninggalkan.
Jika diperhatikan, ukuran akhlak dan sistem hidup yang berasaskan kepada adat resam atau tradisi ini semata-mata adalah amat tidak tepat, kerana adat dan tradisi tidak tetap, malah berubah-ubah dan amat berlainan di antara satu masyarakat dengan yang lain.
Jika demikian, sudah tentu akan mengakibatkan kecelaruan dalam mencari titik persamaan bagi membentuk suatu sistem undang-undang dan mencipta keharmonian dalam masyarakat di sesebuah negara, malah di peringkat dunia.
Di antara nilai yang diakui hukum adat atau tradisi juga ada berlawanan dengan hukum akal dan kebaikan sejagat, sekali gus menunjukkan adat dan tradisi tidak boleh dijadikan asas kepada pembentukan sistem nilai kehidupan.
Cuba kita perhatikan adat masyarakat Arab pada zaman jahiliyah dulu. Minum arak adalah menjadi adat mereka tetapi apabila Islam datang, perbuatan itu diharamkan.
Begitu juga dengan tindakan menyerang suku kaum lain adalah adat di kalangan mereka tetapi ditegah Islam.
Demikian juga perhambaan adalah menjadi adat kebiasaan yang diterima oleh semua bangsa terbesar dunia, termasuk bangsa Arab, tetapi Islam membanterasnya secara beransur-ansur, sehingga tidak terasa kepada mereka (hamba dan tuannya) kesan kehilangan sistem terbabit.
Masyarakat Sparta di Yunan misalnya, dahulu menjadikan perbuatan mencuri sebagai satu adat. Mencuri kepada mereka diharuskan untuk melatih setiap pemuda melakukan seni tipu helah dalam peperangan dengan syarat jangan sampai dilihat dan tidak diketahui oleh orang lain.
Jika seseorang itu terlepas daripada segala pengawasan dan pengawalan atau tangkapan, perbuatan mencuri itu dianggap satu nilai yang baik.
Tetapi andai orang itu tertangkap, dia akan menerima hukuman yang berat dan memalukan. Malah, dia akan diisytiharkan kepada khalayak umum kemudian diserahkan kepada pendidik kanak-kanak untuk dikenakan hukuman sebat dengan cemeti tanpa diberi makan, bukan kerana perbuatannya mencuri, tetapi kerana kelalaian dan tidak cukup berhati-hati.
Adat ini begitu dikenali dan difahami di kalangan anggota masyarakat, sehinggalah di peringkat kanak-kanak. Bagi kanak-kanak yang berani melakukan pekerjaan dianggap harus ini begitu berhati-hati supaya tidak tertangkap.
Diceritakan, seorang dari mereka mencuri seekor anak musang. Selepas mendapatnya, dia segera beredar, kerana takut dilihat orang yang lalu lalang di situ, kanak-kanak terbabit menyembunyikannya di bawah bajunya.
Perut kanak-kanak tadi digigit oleh anak musang dan dibaham hingga parah. Walaupun begitu, kanak-kanak terbabit tetap bersabar menahan kesakitan seolah-olah tidak berlaku apa-apa ke atas dirinya supaya tidak terbuka tembelang dirinya sebagai seorang pencuri.
Begitulah dia sanggup memilih mati daripada menanggung malu kerana tidak cekap dalam tipu daya dan tidak cukup waspada.
Contoh di atas menunjukkan nilai yang dijunjung adat kadangkala bercanggahan dengan prinsip agama, tidak diterima dalam neraca kehidupan masyarakat dunia, malah ada ketika amat merugikan.
Selain itu, sikap keterlaluan berpegang dengan adat dan tradisi boleh menyebabkan masyarakat menjadi statik dan beku, menghalang perkembangan dan kemajuan, menolak perubahan yang membina dan memberikan kebaikan.
Bahkan, segala usaha pembaharuan yang dibawa sesetengah pihak bagi kebaikan bersama akan menjadi sia-sia sekiranya adat menjadi penentu dalam sesuatu urusan.
Jelas sekali, adat dan tradisi semata-mata tidak boleh menjadi asas dalam pembentukan nilai budi dan sistem kehidupan yang ideal. Jika begitu, apakah yang menjadi asas utama dalam mencorak keperibadian dan sistem kehidupan?
~ iNTERvIEW ~
so, aku rase lebih cepat naik bas utk ke KL then baru aku naik tren komuter ke Rawang dgn cara ni lebih cepat kn aku..sbb kalo aku naik tren dari Klang mesti lambat nye sbb pepagi akn jammed giler walaupon ari sabtu...tu yg malas aku naik tren dari Klang...
aku sampai Rawang dlm pukol 9:00am kire sempat lg aku ke Perodua Manufacturing..ramai gak la yg da dtg lebih awal kat sana..aku tgk ade yg dtg bwk family n kengkawan tp ade gak bwk aweks skali sbagai tande sokongan moral..kena aku g sane bwk file dan beg saje..aku terus ke kaunter pendaftaran then diorg bg aku form utk di isi...da isi form tu aku terus g daftar kat kaunter penyerahan borang dah tu kena beratur lg tuh ade ujian mata dgn kecekapan membaca...then da lepas sume tu dpt nombor giliran utk interview plak..korang nak tau nombor berape..???
81...
iye 81 tu lame aku tggu turn tu..dekat 12.30pm baru la aku dipanggil masok ke bilik interview tu x lama dia tanya 2-3 soalan pastu bg aku paper ape ntah..so aku tggu jawapan dari Perodua dalam 2 minggu lagi...Jadi skang ni aku tggu la ape nak wat lg..kalo ade rezeki ade la utk aku..
x salah aku mencuba nasib kan dgn g interview kat Perodua lagi pon aku da bosan dgn keadaan skang ni byk resume aku anta melalui emel x ade satu pon yg sangkot utk interview...so ade peluang open interview camni x kn aku nak lepas kn peluang camtu jer...
kalo ikot kn hati aku ni x nak aku g interview tu tapi disebabkan ade nye dorongan dari kengkawan aku yg sentiase bg semangat kat aku..jadi aku g la interview tu dgn tenang hati dan penuh semangat..
jadi pada kengkawan aku tu esspecially to Miss S, CiK B, Mr. A and Mis R thanks for ur supporting me...mungkin kalo xde korang yg bagi semangat kat aku x tau la nak cakap ape...ops lupe plak pada Kak Long aku gak "Terima Kasih" atas doa dan pertolongan mu topup kn no hanset aku ni times aku tgh terdesak...jasa mu tetap ku kenang slalu...
~ Siapa Dihatimu ~
Pedihnya entah bila akan terhenti
Berkasih di rimba asmara berapi
Terbakar hanya ku sendiri
Oh mengapa?
Kemana hilang janji dan sumpah setia
Kemana tumpah selaut harum kasturi
Apakah mungkin kan terulang kembali
Asyiknya cinta bagai dulu?
Atau serapuhnya mimpi yang pulang pagi?
Semakin ingin aku lupakan
Dan semakin bayang wajahmu kan menjelma
Dimana kah puncanya derita
Ku sendiri tidak pasti, sayang.
Siapa merebut seri cinta
Waktu aku buka jendela
Dikeheningan pagi indah
Siapa sejambak mawar merah
Harum dikamar hatimu
Hingga diriku disingkirkan
Redup senja dikaki malam
Menghilangkan warnai lalang
Dan cinta kini bagaikan berkasihan mimpi..
|
~ masa untuk bangkit ~
~ kena hentam lagi ~
pelik btol ar dgn kebanyakkn compy skang nak org yg ade pengalaman tp yg ade ijazah, diploma dan sijil pon masih ade yg diorg reject..suck btol la..aku pon x tau ar nak explain camne kat family aku ni..bukan nye aku nak jd camni cume masih lom ade pluang utk aku..family aku da mula pandang aku semacam..skang ni aku tgh plan utk partime jobs x kisah ar janji aku x yusah family aku..
apesal ssh sgt skang ni mcm2 jd aku..sampai kn da penat aku nak pk lg..adekala nye aku rase cam nak cabut sdiri nyawe aku tp bile aku pk balik x sanggup aku ke "neraka jahanam"..alhamdulillah aku masih waras lg utk x melakukn benda camtu..
skang ni ape yg aku lakukn tiap2 mlm aku akn wat solat isthikarah dan solat sunat hajat then pastu aku baca surah yassin utk tenang kn hati aku yg gusar ni..aku sentiase berdoa agr dpt keje dgn cepat.. sbelom aku resign dlu ade sorg sahabat ni offer aku keje dgn dia..so, aku terima lah offer dia..then sampai skang ar aku menanti keje tu..latest info dia kasi tau maybe lepas raya baru start projek..then aku x kisah ar..arap2 la cepat ckit projek tu nak start leh aku larik dari family aku..
bosan plak asyik aku je kena "HENTAM" lg dgn family aku sdiri..dlu mase aku ade keje pon kena gak "HENTAM" ..alahai entah lah aku pon x tau nak puas kn hati family camne..so, skang ni mmg aku tgh pressure sgt x tau camne nak ckp da..
~ dia lah kwn ~
.: hard & too much hurt :.
let the past gone...ape yg perlu aku lakukn skang ni...of coz la aku nak update blog aku ni lame da aku tggl xde ape2 pon yg aku repaired...
so next time aku akn updates...for now aku kena repaired diri aku dlu...
for all members, friends and my lovely family thankz for the support...
jasa mu akn ku kenang...