berlalu sudah tarikh itu..

berlalu sudah tarikh yg sentiasa aku nanti kan setiap tahun,
hari demi hari yg aku lalui sepanjang kehidupan aku selama ini, telah membuat aku terlupa pada tarikh itu telah hadir seketika dan membuatkan aku tersentak seketika..

tarikh itu memang penuh bermakna dlm kehidupan aku,
tarikh itu sangat penting utk aku,
dan tarikh itu lah sentiasa aku nanti kan sepanjang hayat aku,
syukur pada illahi kerana tarikh itu dapat aku lalui,

pada illahi aku teruskan ucapan syukur kerana nafas ku masih terhela,
biarpun tarikh itu hadir seketika tapi ia sangat bermakna dalam kehidupan aku,
walaupun tidak ada yg ingat pada tarikh itu..aku masih lg mampu tersenyum lagi,

hadirnya untuk mengingatkan aku pada usia yg semakin larut,
dan ianya selalu membuatkan aku menanti apa akan berlaku pada masa akn datang,
yg nyata sekarang persoalan yg sama sentiasa bertandang ketika tarikh itu hadir...

adakah aku masih lagi bernafas pada tarikh itu lagi..??

mampukah aku menanti kehadiran tarikh itu lagi..??

dimanakah aku ketika tarikh itu hadir lagi..??

apakah akan ada insan lain bersama aku ketika hadirnya tarikh itu..??

Penat dan letih lagi..

ari ni aku bgn lewat gak la..mlm td siapkn keje yg x setel lagi..ni pon mata masih lagi rase mengantuk tahap gaban mata merah..

sat lagi nak gerak p kL..nak p cari barang dah lame rase nye x p kLcc n soGo..kalo rajin gak la turun sana tu masa ade sum 1..skang ni cam malas je trn kL sorg2..

ari ni aku x banyak nak cerita la sbb badan tgh letih lagi..hujung mggu ni plak ade program lagi kat jeram..

ok la takat ni je..

Aku kembali..

setelah sekian lama aku menyepikan diri dari menulis dalam blog ini, kini aku kembali untuk mengisi segala ruang yang ada di dalam blog ini dengan cerita kehidupan yang aku pernah lalui sepanjang perjalanan hidup aku.

Ke mana aku menghilang..??

Sebenarnya, aku tidak pernah menghilangkan diri dari sesiapa. sepanjang tahun lepas aku masih lai mencari tapak yg kukuh utk aku membina semula kerjaya aku dalam bidang "freelance". Alhamdulillah, apa yang aku hajati telah pun tercapai dalam bidang "freelance"...aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada seorang rakan-rakan dari SmartLife Consultants terutama sekali kepada big boss yg berikan aku peluang utk bersama-sama dalam bidang training n consultant.

Terima kasih juga pd project manager serta para trainer dan juga rakan seperjuangan dari team facie smartlife consultant.. (sory ar x dpt nak tulis nama korg sume)

Apa kerja aku dlm bidang "freelance"..??

Sebagai individu yg mempunyai pengalaman dalam bidang IT, aku guna segala kemahiran yg pernah aku pelajari utk digunakan sebagai Technical Assistant..seronok dapat wat kerja dlm bidang macam ini. Banyak peluang dan ruang dlm bidang seperti ini yg ramai orang lain tidak tahu.

Kenapa aku pilih bidang "freelance"..??

Masssssssssssssssyuk Banyak~! hehehehe...kerja macam ini lah paling best, independent kerja ikut masa sendiri..tidak ada had masa utk kerja, rehat ikut suka diri sendiri dan yg paling best selalu ngadap "facebook" (kena ingat gak la kerja kena lah setel...hehehe)

Apa pun pada rakan dan kawan yg tengah fikirkan tentang kerja apa yg sesuai dgn diri korang..aku cuma bagi cadangan saja terutama yg ada kepakaran dalam bidang IT gunakan lah kemahiran yg korang ada tu dan try la apply kat mana2 cosultant yg byk wat program2 motivasi..dari situlah korang leh bermula utk jd cam aku...hehehe

Walau apa pun..gud luck kpd mereka yg ingin menceburi bidang "freelance" dan semoga berjaya..dan ingatlah lakukan dengan penuh keikhlasan hati...renungkanlah

was'salam...

big184

~ Sebulan Di Ipoh ~

hampir sebulan aku x menjenguk blog ni sbenar nye aku berada di ipoh..alhamdulillah sepanjang aku berada di sana byk pengalaman yang aku dapat..tujuan aku disana bukan melancong atau melencong..tapi aku diberi tugas sementara utk melakukan tugas yg agak bahaya..keje ape yg bahaye sgt tu!????

sbenarnye aku buat keje pest control kat IPIP di perak..tugasan yang agak mencabar la jugak sbb byk gne tenaga dan kekuatan mental..berdepan dgn macam2 ragam dan kerenah manusia kat sana tapi enjoy gak beb sbb ramai gak aweks yg jambu2 kat IPIP tu..

pada aku tu x penting yang penting adalah keje kena setel kan..dalam aku sibuk2 keje kat sana aku dikejutkan dgn berita kematian pak usu aku secara mengejut..dia meninggal disebabkan masalah blocking dalam saluran jantung dia..innalillahi...

aku sempat gak balik menziarah jenazah beliau utk kali terakhir meskipun aku ade wat salah pd dia..dan sbelom dia pergi..dia dah pon memaafkan aku..sama jugak aku..skarang tugas aku adalah memberi bantuan kpd keluarga arwah pak usu aku...

Insya'allah aku akan membantu ape yang termampu kerana anak2 arwah masih kecil dan bersekolah lagi..aku x nak anak2 arwah tercicir dlm pelajaran mereka..alhamdulillah...

banyak perkara yang aku lalui sepanjang sbulan ni dan aku telah melupakan rakan2 aku utk sketika demi menjalankan tugas yang diberikan kepada aku..dalam pada masa yang sama aku terima berita baik dari sahabat aku dari palembang dia menyatakan projek di sungai siput akn bermula dalam waktu terdekat...

dan berita tu dah pon disahkan oleh Director Mgr aku dan berapa rakan yg lain akn ke Sg Siput pada 23/12/2008 utk kerja2 prepareration disana..skang ni aku ade masa utk rehat smentara menunngu masa ke Sg Siput..

Alhamdulillah segala penantian yg aku tggu dah pon tiba dan segala urusan telah dipermudahkan oleh-Nya utk aku membina kehidupan baru..mmg benar kata org2 tua segala kesusahan pasti akan ada kesenangan yg akan dtg kepada setiap insan yg sentiasa bersabar...

~ bila akn berakhir.. ~

Hampir setiap malam aku berdoa agar segala yg aku alami akan berakhir dan mendapat sinar baru dalam hidup aku..setiap pagi aku bangkit aku akn bertanyakn pd diri aku apa akn aku lakukan hari ini..??

aku juga manusia biasa yg ada naluri untuk berjaya dalam kehidupan aku..tidak ada sedikit rasa menyesal di hati aku, bila di uji dan di duga dgn pelbagai masalah yg dtg dlm hidup aku..biar apa pun yg datang pd aku ianya sekadar ujian dari Allah utk aku terus kan tanpa ada rasa kecewa..

pada siapa aku mengharap pertolongan..???

aku hanya memohon pada yang Maha Esa dan aku tidak pernah mengharap pertolongan dari sesiapa ketika aku susah dan pada Dia aku meluahkan segala isi hati aku...

pada sahabat yg ada di dalam hidup aku mereka lah yang sentiasa memberikan sokongan dan galakkan agar aku terus kan berjuang...

pada mereka yang baca artikel aku ni..aku mohonkan secebis doa dari kalian agar aku dapat mengharungi segala dugaan dan rintangan yg aku hadapi ini..doa kan aku agar segala-galanya berakhir dengan tenang tanpa ada kekusutan...dan aku akan terus berdoa utk kalian jua...insya'allah...

~ Masih Mencari Lagi... ~

dua minggu ke belakangan ni aku byk kuar utk carik jobs partime..aku ulang alik ke ampang atas urusan keje ckit disane..insya'allah mungkin dalam 2 minggu lg aku akn ke perak...hanye masa yg menentukan...

penat gak la ulang alik ke ampang, adakala nye aku stay di sane sebab dah x larat nak balik umah...penat nye hanya tuhan yg tau...aku ke sana bkn jln2 tp ada urusan yg perlu diselesaikan sambil2 wat keje amal...

aku dimaklumkn keje di perak akn bermula x lama lg so aku just standby saja menunggu masa utk gerak ke sana..aku harap semua nye akan berjalan lancar..dalam mase yg sama gak aku mencari pluang keje partimes utk isi poket aku ni yg smakin hari2 smakin kurang...

tapi masih x dpt lg dan belum ade yg panggil walau camne skali pon aku akn usahe dan terus usaha...aku tau ade yg mengata di belakang aku..tp ape yg aku leh wat diam kn diri dan jgn bg komen pape pon..nak ckp ape pon ckp la..yg penting aku tau ape yg aku wat...

esk aku akn kuar cari partime jobs lg walaupon duit makin kurang aku tawakal pd allah smoga esok ade pluang utk aku...

~ surat layang ~


rasa cam lifes aku too suck la..yup memang aku menumpang..then aku jobless n still mencari lg keje..but ade yg tdh aku x lakukn ape2 hanye dudok diam d rumah..then ade yg hilang sabo dgn cara aku walhal aku x usik sesape pon..surat layang aku dpt tu wat btol2 aku tersentak sdg kn aku da laku kn utk cari keje...

hilang sabor kerana cara aku yg dok umah x lakukn pape pon???

terpulang lah sedang kn aku juga manusia biase yg perlu kn rehat dari penat aku mencari keje..xpe tu hak dia nak cakap ape pon mmg pedih hati aku baca surat layang tu..adat org menumpang x sume nye elok dipandang...

malas dan lembab??

tu tuduhan yg dilempar kn pada aku..org x tau ape yg aku wat dan ape yg aku laku kn..so segale nye leh wat tafsiran macam2 pada diri aku...aku x penah dudok diam @ malas berfikir...stiap ari aku bgn pagi merencana kn ape yg harus aku lakukn..

pandai bercakap??

mgkin tidak jika aku pandai bercakap dah lame aku dpt kerja yg bagus..skang ni aku menyusun kata2 dgn baik agr tidak ade yg terase dgn stiap kata2 aku pd org lain..aku x nak org gelar aku bijak berkata2 tp tiada sebarang tindakan dilakukn...

aku x mintak jd camni mmg aku sdg berusaha utk berubah utk mencari kehidupan yg lebih baik spt sekarang..tetapi adakah hanye dgn meberikn aku ruang yg sempit mampu aku berubah sekelip mate..? adakah manusia leh berubah pabila bangun dari tdo??

masa dan ruang amat penting utk aku sekarang tetapi semuanya seakan-akn tertutop buat aku selamanya..adilkah manusia menafikan hak org lain ingin kn berubah sedang kn hak utk berubah itu telah dinafikan dan dihalang...???

aku x penah tunduk dgn ape pon tekanan bg aku itu lah cabaran dlm hidop aku..surat layang yg aku terima tu hanya 1 tekanan utk aku..insya'allah aku teruskn utk mencari kerja sampai aku leh puaskn hati semua org...

~mendiamkan diri bkn erti mengalah tapi menyusun segala rencana untuk berjaya~

~ Adat tidak boleh jadi asas sistem nilai hidup ~

PENGARUH adat cukup besar. Malah, ada ahli fikir dan penyelidik berpendapat adat resam atau tradisi yang menjadi amalan dalam masyarakat adalah asas pembentukan akhlak seseorang individu.

Bagi pendukung idea terbabit, mana-mana nilai dan perbuatan yang tidak ditentukan adat dan tradisi sesuatu bangsa, anggota masyarakat bebas memilih, sama ada untuk melakukan atau meninggalkan.

Jika diperhatikan, ukuran akhlak dan sistem hidup yang berasaskan kepada adat resam atau tradisi ini semata-mata adalah amat tidak tepat, kerana adat dan tradisi tidak tetap, malah berubah-ubah dan amat berlainan di antara satu masyarakat dengan yang lain.

Jika demikian, sudah tentu akan mengakibatkan kecelaruan dalam mencari titik persamaan bagi membentuk suatu sistem undang-undang dan mencipta keharmonian dalam masyarakat di sesebuah negara, malah di peringkat dunia.

Di antara nilai yang diakui hukum adat atau tradisi juga ada berlawanan dengan hukum akal dan kebaikan sejagat, sekali gus menunjukkan adat dan tradisi tidak boleh dijadikan asas kepada pembentukan sistem nilai kehidupan.

Cuba kita perhatikan adat masyarakat Arab pada zaman jahiliyah dulu. Minum arak adalah menjadi adat mereka tetapi apabila Islam datang, perbuatan itu diharamkan.

Begitu juga dengan tindakan menyerang suku kaum lain adalah adat di kalangan mereka tetapi ditegah Islam.

Demikian juga perhambaan adalah menjadi adat kebiasaan yang diterima oleh semua bangsa terbesar dunia, termasuk bangsa Arab, tetapi Islam membanterasnya secara beransur-ansur, sehingga tidak terasa kepada mereka (hamba dan tuannya) kesan kehilangan sistem terbabit.

Masyarakat Sparta di Yunan misalnya, dahulu menjadikan perbuatan mencuri sebagai satu adat. Mencuri kepada mereka diharuskan untuk melatih setiap pemuda melakukan seni tipu helah dalam peperangan dengan syarat jangan sampai dilihat dan tidak diketahui oleh orang lain.

Jika seseorang itu terlepas daripada segala pengawasan dan pengawalan atau tangkapan, perbuatan mencuri itu dianggap satu nilai yang baik.

Tetapi andai orang itu tertangkap, dia akan menerima hukuman yang berat dan memalukan. Malah, dia akan diisytiharkan kepada khalayak umum kemudian diserahkan kepada pendidik kanak-kanak untuk dikenakan hukuman sebat dengan cemeti tanpa diberi makan, bukan kerana perbuatannya mencuri, tetapi kerana kelalaian dan tidak cukup berhati-hati.

Adat ini begitu dikenali dan difahami di kalangan anggota masyarakat, sehinggalah di peringkat kanak-kanak. Bagi kanak-kanak yang berani melakukan pekerjaan dianggap harus ini begitu berhati-hati supaya tidak tertangkap.

Diceritakan, seorang dari mereka mencuri seekor anak musang. Selepas mendapatnya, dia segera beredar, kerana takut dilihat orang yang lalu lalang di situ, kanak-kanak terbabit menyembunyikannya di bawah bajunya.

Perut kanak-kanak tadi digigit oleh anak musang dan dibaham hingga parah. Walaupun begitu, kanak-kanak terbabit tetap bersabar menahan kesakitan seolah-olah tidak berlaku apa-apa ke atas dirinya supaya tidak terbuka tembelang dirinya sebagai seorang pencuri.

Begitulah dia sanggup memilih mati daripada menanggung malu kerana tidak cekap dalam tipu daya dan tidak cukup waspada.

Contoh di atas menunjukkan nilai yang dijunjung adat kadangkala bercanggahan dengan prinsip agama, tidak diterima dalam neraca kehidupan masyarakat dunia, malah ada ketika amat merugikan.

Selain itu, sikap keterlaluan berpegang dengan adat dan tradisi boleh menyebabkan masyarakat menjadi statik dan beku, menghalang perkembangan dan kemajuan, menolak perubahan yang membina dan memberikan kebaikan.

Bahkan, segala usaha pembaharuan yang dibawa sesetengah pihak bagi kebaikan bersama akan menjadi sia-sia sekiranya adat menjadi penentu dalam sesuatu urusan.

Jelas sekali, adat dan tradisi semata-mata tidak boleh menjadi asas dalam pembentukan nilai budi dan sistem kehidupan yang ideal. Jika begitu, apakah yang menjadi asas utama dalam mencorak keperibadian dan sistem kehidupan?