FAKTA MENARIK


FAKTA MENARIK






  1. Sinaran kosmik daripada bintang-bintang yang berlanggar boleh menghasilkan bahan berbahaya kepada muka bumi. Saintis mendakwa sinaran itu yang juga dikenali sebagai radiasi boleh menyebabkan hidupan pupus dan menghasilkan spesis baru melalui proses mutasi (perubahan genetik).
  2. Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.
  3. Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia.
  4. Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.
  5. Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.
  6. Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.
  7. Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina , ia merupakan senjata merbahaya.
  8. Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti dan Republik Dominica.
  9. Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.

Kisah Ibu Buta & Anaknya...


Aku dan ibuku tinggal berdua di rumah peninggalan ayahku yang telah meninggal dunia ketika aku baru lahir.
Ibuku bekerja memasak di kantin sekolah ku. Hidup kami walaupun susah namun ibuku amat menyayangiku cuma aku tidak sedar. Ibuku buta sebelah matanya, aku sangat malu dan sangat membencinya. Suatu hari saat aku masuk sekolah dia datang ke kelasku dan mengucap salam kepadaku.

Aku begitu malu di depan teman-temanku, bagaimana dia boleh melakukan itu kepadaku di hadapan kawan-kawanku. Lalu aku tidak pedulikan dia dan melemparkan pandangan benci kepadanya sambil berlari pergi. Keesokan harinya salah seorang kawanku mengejekku dengan berkata “Hei ibumu hanya punya sebelah mata”

20 + 6 Fakta Menarik Tentang Manusia...


  1. Mata wanita akan berkelip lebih dua kali ganda daripada lelaki.
  2. Seseorang akan lebih tinggi 1cm pada waktu pagi dan petang berbanding waktu malam. Ini adalah disebabkan lapisan tulang rawan pada bahagian sendi akan terbuka pada waktu siang.
  3. Dianggarkan sebanyak 550 helai rambut pada bahagian bulu mata.
  4. Kebanyakan zarah debu dirumah adalah hasil daripada kulit mati anda.
  5. Seorang bayi lahir tanpa tempurung lutut. Ia akan mula terbentuk ketika mereka berusia 2-6 tahun.
  6. Tubuh anda menghasilkan dan membunuh 15 juta sel darah merah pada setiap saat.
  7. Secara purata, manusia menghasilkan 10,000 galon air liur sepanjang hidup mereka.
  8. Jari paling sensitif untuk manusia adalah jari telunjuk.
  9. Berat badan manusia adalah 40 kali ganda daripada berat otak.
  10. Sekiranya makan terlalu kenyang, pendengaran anda akan semakin tidak jelas.

6 Cerita Motivasi


Cerita 1 

Kononnya, terdapat sebuah negeri yang rajanya tidak mempunyai seorang putera, tetapi hanya mempunyai seorang puteri. Raja itu menjadi sugul sentiasa kerana baginda tidak mempunyai pengganti. Akhirnya, baginda meminta pendapat bendahara baginda. Sang bendahara mencadangkan agar salah seorang daripada hamba rakyat dipilih sebagai menantu baginda. Raja bersetuju tetapi siapakah yang harus dipilih. 

Ada yang mencadangkan supaya seorang pemuda gagah dipilih tetapi dibantah oleh pembesar yang lain dengan alasan, sebelum raja mangkat, raja akan digulingkan oleh pemuda gagah yang menjadi menantu raja itu. Berbagai-bagai cadangan dikemukakan tetapi semuanya tidak dapat digunakan. 

Akhirnya puteri raja bersuara: "Ayahanda, anakanda mencadangkan agar sesiapa juga yang berjaya menyeberangi sungai yang menjadi sempadan di antara istana kita dengan kampung hamba rakyat, maka orang itulah yang sanggup anakanda kahwini." Raja dan para pembesar bersetuju kerana mereka yakin bahawa hanya pemuda yang terbaik sahaja yang akan berjaya menyeberangi sungai yang telah banyak meragut nyawa penduduk negeri itu. Di lubuk sungai itu, tinggal sekeluarga buaya yang sudah sekian lama mengganas membaham penduduk yang leka di tepi sungai. Diumumkanlah hasrat puteri raja itu. 

Come back after a few years...

Yup comes back agains...

Setelah sekian lama menyepikan diri utk seketika..kali ini aku kembali dengan semangat baru ke mana menghilang??

mencari ilmu utk dikongsikan bersama-sama..insya'allah, komitmen semakin bertambah tanggungjawab sudah makin bertambah..

rutin kerja semakin hebat..

Kacang Lupakan Kulit

Ada satu kisah, semasa pokok kacang mula mengeluarkan buah di dalam tanah. Sang biji memohon daripada induknya supaya ditemani semasa keluar nanti. Ia khuatir kedinginan dan berasa takut kegelapan apdbila keluar. induknya iaitu batang pohon kacang, menyatakan kesanggupan menerima perminta sang biji. Oleh itu, kulit pun dibuat bagi membungkus biji supaya bebas daripada tekanan tanah dan serangga tanah yang sering menghancurkan biji kacang.

Demikianlah sang biji mulai keluar dan mendapati dirinya dalam dakapan hangat dan terlindung. Suasana takut yang dibayangkan rupa-rupanya tidak seperti yang disangkanya. Sebuah cengkerang yang lebih besar daripada dirinya melingkupi dan membungkusnya sedemikian rupa. Inilah yang membuatkan ia tetap hangat dan terus tumbuh menjadi biji yang matang tanpa gangguan. Sementara si kulit, iaitu cangkerang terus menahan dingin dan tekanan tanah bagi melindungi sang biji.

Syawal...


Syawal kali ni ade la semangat nak raya ckit la..kalo nak "compare" dgn tahun2 yg sudah agak malap ckit la. Tahun ni lepas, raya pertama kat klang raya ke-2 baru la gerak balik umah emak kat JB (Pasir Gudang).

Aktiviti Pagi Raya cam biase la p solat aidilfitri kat Masjid Sultan Sulaiman, selesai je solat balik umah siap kn diri pastu gerak p kubur arwah Atuk dan Nenek aku kat Tanah Perkuburan Datok Dagang. Da selesai ziarah kubur aku terus ke umah Mak Lang lepak2 n layan org yg dtg berkunjung.

Waktu...

Waktu adalah inti pati berputarnya dunia. Waktu bergerak maju dan tidak mungkin mundur dengan kelajuan detik yang sama. Waktu adalah catatan sejarah seseorang dan waktu adalah kesempatan.

Waktu dalam bahasa Yunani mempunyai dua makna, iaitu kronos dan kairos. Kronos mengacu kepada urutan waktu yang berjalan secara kronologi, sedangkan kairos mengacu kepada hakikat waktu, saat atau detik dalam waktu, yang tidak akan kembali lagi.