Ada satu kisah, semasa pokok kacang mula mengeluarkan buah di dalam tanah. Sang biji memohon daripada induknya supaya ditemani semasa keluar nanti. Ia khuatir kedinginan dan berasa takut kegelapan apdbila keluar. induknya iaitu batang pohon kacang, menyatakan kesanggupan menerima perminta sang biji. Oleh itu, kulit pun dibuat bagi membungkus biji supaya bebas daripada tekanan tanah dan serangga tanah yang sering menghancurkan biji kacang.
Demikianlah sang biji mulai keluar dan mendapati dirinya dalam dakapan hangat dan terlindung. Suasana takut yang dibayangkan rupa-rupanya tidak seperti yang disangkanya. Sebuah cengkerang yang lebih besar daripada dirinya melingkupi dan membungkusnya sedemikian rupa. Inilah yang membuatkan ia tetap hangat dan terus tumbuh menjadi biji yang matang tanpa gangguan. Sementara si kulit, iaitu cangkerang terus menahan dingin dan tekanan tanah bagi melindungi sang biji.