~ Adat tidak boleh jadi asas sistem nilai hidup ~

PENGARUH adat cukup besar. Malah, ada ahli fikir dan penyelidik berpendapat adat resam atau tradisi yang menjadi amalan dalam masyarakat adalah asas pembentukan akhlak seseorang individu.

Bagi pendukung idea terbabit, mana-mana nilai dan perbuatan yang tidak ditentukan adat dan tradisi sesuatu bangsa, anggota masyarakat bebas memilih, sama ada untuk melakukan atau meninggalkan.

Jika diperhatikan, ukuran akhlak dan sistem hidup yang berasaskan kepada adat resam atau tradisi ini semata-mata adalah amat tidak tepat, kerana adat dan tradisi tidak tetap, malah berubah-ubah dan amat berlainan di antara satu masyarakat dengan yang lain.

Jika demikian, sudah tentu akan mengakibatkan kecelaruan dalam mencari titik persamaan bagi membentuk suatu sistem undang-undang dan mencipta keharmonian dalam masyarakat di sesebuah negara, malah di peringkat dunia.

Di antara nilai yang diakui hukum adat atau tradisi juga ada berlawanan dengan hukum akal dan kebaikan sejagat, sekali gus menunjukkan adat dan tradisi tidak boleh dijadikan asas kepada pembentukan sistem nilai kehidupan.

Cuba kita perhatikan adat masyarakat Arab pada zaman jahiliyah dulu. Minum arak adalah menjadi adat mereka tetapi apabila Islam datang, perbuatan itu diharamkan.

Begitu juga dengan tindakan menyerang suku kaum lain adalah adat di kalangan mereka tetapi ditegah Islam.

Demikian juga perhambaan adalah menjadi adat kebiasaan yang diterima oleh semua bangsa terbesar dunia, termasuk bangsa Arab, tetapi Islam membanterasnya secara beransur-ansur, sehingga tidak terasa kepada mereka (hamba dan tuannya) kesan kehilangan sistem terbabit.

Masyarakat Sparta di Yunan misalnya, dahulu menjadikan perbuatan mencuri sebagai satu adat. Mencuri kepada mereka diharuskan untuk melatih setiap pemuda melakukan seni tipu helah dalam peperangan dengan syarat jangan sampai dilihat dan tidak diketahui oleh orang lain.

Jika seseorang itu terlepas daripada segala pengawasan dan pengawalan atau tangkapan, perbuatan mencuri itu dianggap satu nilai yang baik.

Tetapi andai orang itu tertangkap, dia akan menerima hukuman yang berat dan memalukan. Malah, dia akan diisytiharkan kepada khalayak umum kemudian diserahkan kepada pendidik kanak-kanak untuk dikenakan hukuman sebat dengan cemeti tanpa diberi makan, bukan kerana perbuatannya mencuri, tetapi kerana kelalaian dan tidak cukup berhati-hati.

Adat ini begitu dikenali dan difahami di kalangan anggota masyarakat, sehinggalah di peringkat kanak-kanak. Bagi kanak-kanak yang berani melakukan pekerjaan dianggap harus ini begitu berhati-hati supaya tidak tertangkap.

Diceritakan, seorang dari mereka mencuri seekor anak musang. Selepas mendapatnya, dia segera beredar, kerana takut dilihat orang yang lalu lalang di situ, kanak-kanak terbabit menyembunyikannya di bawah bajunya.

Perut kanak-kanak tadi digigit oleh anak musang dan dibaham hingga parah. Walaupun begitu, kanak-kanak terbabit tetap bersabar menahan kesakitan seolah-olah tidak berlaku apa-apa ke atas dirinya supaya tidak terbuka tembelang dirinya sebagai seorang pencuri.

Begitulah dia sanggup memilih mati daripada menanggung malu kerana tidak cekap dalam tipu daya dan tidak cukup waspada.

Contoh di atas menunjukkan nilai yang dijunjung adat kadangkala bercanggahan dengan prinsip agama, tidak diterima dalam neraca kehidupan masyarakat dunia, malah ada ketika amat merugikan.

Selain itu, sikap keterlaluan berpegang dengan adat dan tradisi boleh menyebabkan masyarakat menjadi statik dan beku, menghalang perkembangan dan kemajuan, menolak perubahan yang membina dan memberikan kebaikan.

Bahkan, segala usaha pembaharuan yang dibawa sesetengah pihak bagi kebaikan bersama akan menjadi sia-sia sekiranya adat menjadi penentu dalam sesuatu urusan.

Jelas sekali, adat dan tradisi semata-mata tidak boleh menjadi asas dalam pembentukan nilai budi dan sistem kehidupan yang ideal. Jika begitu, apakah yang menjadi asas utama dalam mencorak keperibadian dan sistem kehidupan?

1 comment:

illy. said...

adat tidak boleh jadi asas nilai hidup...

adat adlah slh satu sources of law...
jd ia menjadi asas nilai hidup..
earlier, men are known as a chief. mencari rezki,nafkah smua. jadi ia sampai sekarang dguna pakai dlm institusi perundangan mahupun kekeluargaan. ia dahulu adalah adat yang mana di pakai oleh tok moyang kita. tetapi ia masih relevan sampai sekarang. sampai sekarang institusi kekeluargaan menggunakan item tersebut. dalam undang2 juga menyatakan walaupun suami isteri tersebut telah bercerai dan punya anak. lelaki tersebut harus memberi nafkah untuk menanggung kehidupan anak dan bekas isteri tersebut.

walaupun kadang kala adat bercanggah dengan nilai hidup. kenapa perlu melihat di kala zaman jahiliyah iaitu di zaman yang tiada apa. gelap pada zaman itu. permodenan dunia menjadikan smua itu hanya sejarah semata-mata. jika berbalik kepada islam. adat islam boleh jadi asas kepada nilai hidup. walaupun di mana malaysia tidak menggunakan hukum2 islam yang mana malaysia adlh democratic country. tetapi jika melihat pada sources of law boleh di terima pakai yang mana adat menjadi sistem nilai hidup.

menurut penulis mengatakan pada zaman jahiliyah sudah menjadi adat meminum arak. ia adalah religion. sebelum kedatangan islam, manusia berfoya-foya dengan arak,judi mahupun riba' smua yang against islam. kedatangan islam telah membuktikan bahawa arak, judi riba' smua tidak mendatangkan faedah.
as we can see at the islamic country, many laws are rooted by al-quran and as-sunnah
west country, law mereka berdasarkan bible.

kita tidak boleh persalahkan zaman2 yang mana dahulunya mereka tiada pegangan hidup dan tiada jalan menunjukkan yang mana benar dan yang mana salah. cuba en.penulis renungkan. jika tiada islam lagi di dunia ini. smua manusia hidup penuh gelimpangan dengan dosa. mahu kah? tidak bukan. ini smua adalah pengaruh agama itu sendiri. tanpa agama semua manusia terumbang ambing seperti free thinker yang mana tiada pegangan hidup. tiada rasa bersalah membuat apa yang mereka mahu.

kita tidak boleh membuat conclusion yang terlalu awal mengenai adat yang tidak boleh dijadikan sis nilai hidup. harus di lihat kembali pelbagai aspek perlu dipertimbangkan.